Thursday, 13 September 2018

TRIP KE CAMERON (DAY 3)

Hari ini breakfast lewat sikit, pukul 830 am baru turun. Kononnya nak menikmati cuaca di bilik 🤗 Lepas breakfast, kemas kemas dan check out around 1145 am. 




Goodbye Strawberry Park Resort 😭😭😭

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di KHM Strawberry Farm, Kg. Sedia. To be frank, ingatkan kawasan besar untuk melawat. Rupanya kafe untuk makan je. Kami pun order scone ala carte 1 RM4, strawberry pie RM5, tea pot Rm5, strawberry ice cream RM5, strawberry RM7 d strawberry jam RM7. 50X2 (RM14). 




Then, kami teruskan perjalanan ke Mardi. Entrance fee: RM5X2. Takoyaki RM9 waffle RM6/2 pcs. Bunga dan kaktus RM20









Jade Wine


Turun kat skyfarm singgah beli strawberry coklat. 3 kotak RM23 + coklat RM5.

Minyak + tol total RM120

Total keseluruhan = +- RM1200

Semoga ada rezeki lagi nanti. Boleh family trip ke tempat lain pula. Terima kasih daddy untuk trip ini. Semoga semakin kuat bonding family kecil kita ini dari sehari ke sehari 😍





TRIP KE CAMERON (DAY 2)

Seawal 7.30 pagi kami dah pergi breakfast di hotel. As usual, haruslah kami isi perut selagi boleh. Uwais pun bukan main berselera lagi makan pancake. Sedar tak sedar dua jam juga la duduk di situ.











Dalam pukul 11 lebih, kami gerak memulakan perjalanan ke destinasi pertama; Cameron Lavender Garden. Dalam 13 km dari resort. Masa perjalanan? Of course menghadap jammed dua jam lebih. Pukul 2 juga la sampai ke destinasi. Sempat la singgah beli jagung 2  = RM8. 

Entrance fee: RM10/adult. RM7/child. Uwais free so total RM20. Beli aiskrim lavender RM6 tapi tak sedap. Uwekkkk macam makan sabun 🤮








Selepas itu, gerak ke destinasi kedua, KEA farm. Sejam lebih juga perjalanan. Dalam 5.30 macam tu baru sampai. Kat sini kami beli jagung mutiara RM20 untuk 3 bag. Dalam 15 batang macam tu. Jambu berperisa Rm12 untuk 2 biji dan ayam gunting Rm 10. Oh ya, strawberry 3 pack RM 20 + choc = total RM24. Ubi keledek 2kg RM10. 

Tak ada gambar sebab rushing nak hujan. Masuk je kereta hujan pun turun dengan lebatnya. Makan ayam dengan strawberries dalam kereta je. Lapar tak lunch. 



Terus pergi dinner di Brinchang Square. Sampai waktu senja. Lokasi: Restoran Nik something sebelah 7 eleven. Pernah makan sini dulu lepas turun Irau 😋 okay la kualiti makanan asalkan perut kenyang. Total Rm40++


Uwais tidur sepanjang waktu dinner ni. Dapatlah makan dengan tenang 😋 Selepas makan, kami pun pulang kepenatan. 


...... Sambung day 3 nanti. 






Tuesday, 11 September 2018

TRIP KE CAMERON HIGHLANDS (DAY 1)

Pada musim cuti kali ni, kami telah memilih tarikh 9-11.9.2018 untuk melarikan diri daripada kesibukan hutan konkrit di ibu kota. Kira-kira jam 7 pagi lagi kami sudah bertolak dari Klang ke Cameron Highlands (via Tapah route).


Singgah 7 eleven - RM20++

Aku yang senang mabuk jalan ni wajib lah telan pil untuk prevent motion sickness sejam sebelum perjalanan dulu. Hasilnya, sepanjang perjalanan aku tongkat mata walaupun kadang-kadang terpejam juga. 


Kami singgah di R&R Rawang untuk breakfast. Tak banyak choice makanan but quite a nice and clean place to fill your empty tummy anyway. Total expenses RM15++


Then, kami teruskan perjalanan yang lancar until.....jammed teruk waktu kat atas. Perjalanan 2 km ambil masa 2 jam lebih 😫 but we've made it anyway. 

And our first destination was....

Bharat Cameron Valley Tea. 

What an amazing place! The view was breathtaking! The breeze, the fresh smell, the ambiance. Perrrrfect! 

Makan kat kafe RM44. Teh 3 kotak RM31. 90




Sejuk kena tempias hujan

Selepas hujan berhenti  Kami turun ke ladang dengan bayaran RM2/head. Uwais masuk free. Kalau nak naik buggy pun boleh RM10/head. Tapi kena tunggu lama waktu tu so jalan sahaja la.








Kemudian, kami redah lagi jammed dan singgah di Abang Steamboat & Grill, Taman/Kg.Sedia untuk dinner. Harganya RM39.90/head (not including SST). Total RM85 +-



Overrated sikit rasa. Makanan tak banyak choice pun. Tapi servis dan ambiance 5 stars. Waiting period pun kejap je. 

Around 10 pm. 

Akhirnya, 
Masa untuk check-in @ Strawberry Park Resort. Puas hati. Bilik besar puas uwais jelajah. Breakfast included tapi rasa tak seberapa. Harga RM290+- semalam. Total RM600-- Kami duduk dua malam. Pilih studio suite tapi rasa macam dapat bilik deluxe suite kalau tengok layout bilik. Memang lebih cantik dari gambar la senang cerita 😍😍😍







........... Day 2 sambung nanti