Seawal 7.30 pagi kami dah pergi breakfast di hotel. As usual, haruslah kami isi perut selagi boleh. Uwais pun bukan main berselera lagi makan pancake. Sedar tak sedar dua jam juga la duduk di situ.
Dalam pukul 11 lebih, kami gerak memulakan perjalanan ke destinasi pertama; Cameron Lavender Garden. Dalam 13 km dari resort. Masa perjalanan? Of course menghadap jammed dua jam lebih. Pukul 2 juga la sampai ke destinasi. Sempat la singgah beli jagung 2 = RM8.
Entrance fee: RM10/adult. RM7/child. Uwais free so total RM20. Beli aiskrim lavender RM6 tapi tak sedap. Uwekkkk macam makan sabun 🤮
Selepas itu, gerak ke destinasi kedua, KEA farm. Sejam lebih juga perjalanan. Dalam 5.30 macam tu baru sampai. Kat sini kami beli jagung mutiara RM20 untuk 3 bag. Dalam 15 batang macam tu. Jambu berperisa Rm12 untuk 2 biji dan ayam gunting Rm 10. Oh ya, strawberry 3 pack RM 20 + choc = total RM24. Ubi keledek 2kg RM10.
Tak ada gambar sebab rushing nak hujan. Masuk je kereta hujan pun turun dengan lebatnya. Makan ayam dengan strawberries dalam kereta je. Lapar tak lunch.
Terus pergi dinner di Brinchang Square. Sampai waktu senja. Lokasi: Restoran Nik something sebelah 7 eleven. Pernah makan sini dulu lepas turun Irau 😋 okay la kualiti makanan asalkan perut kenyang. Total Rm40++
Uwais tidur sepanjang waktu dinner ni. Dapatlah makan dengan tenang 😋 Selepas makan, kami pun pulang kepenatan.
...... Sambung day 3 nanti.



















No comments:
Post a Comment